Sabtu, 15 Disember 2007

Batik Perspek


Pengenalan:

Batik Perspek adalah satu hasil kerja tangan berbentuk lukisan batik pada sekeping perspek (arcylic)menggunakan teknik ukir dan semburan cat.

Kemahiran membatik pada sekeping perspek ini telah diterapkan dalam program transisi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran di Program Intergrasi SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian.

Sehingga ini pelajar dari Kelas Pendidikan Khas ini telah berupaya menghasilkan lukisan yang menarik dan mampu mencapai tahap untuk jualan dan memenuhi tempahan.



Bahan-bahan diperlukan:


  • Kepingan Perspek ( mengikut ukuran yang diperlukan )

  • Pisau ukir ( Art knife )

  • Pensel/Pen (untuk membuat lakaran motif )

  • Cat Semburan ( pelbagai warna yang diperlukan )

  • Pembaris Besi

  • Pisau Pemotong Plastik






Contoh Art Knife











Contoh Pisau Pemotong Plastik














Cara Memotong Perspek:





Gunakan pisau pemotong plastik dan buat garisan menggunakan bahagian hujung luar pisau.











Kemudian toreh menggunakan mata bahagian dalam hingga membentuk paritan.
Patahkan kepingan perspek dengan berhati-hati.









Cara Membuatnya:






  1. Pilih Motif yang sesuai

  2. Buat lakaran motif pada kepingan perspek










  3. Ukir/potong di kedua-dua belah garisan ukiran,luar dan dalam











  4. Tanggalkan stiker mengikut potongan motif











  5. Sembur cat yang sesuai untuk sempadan pada bahagian stiker yang telah ditanggalkan











  6. Setelah kering, buka bahagian motif yang hendak diwarnakan










  7. Sembur cat mengikut warna yang dikehendaki. Lakukan hingga semua bahagian motif selesai disembur cat satu persatu.


  8. Tanggalkan pula bahagian latar belakang dan sembur dengan cat mengikut warna yang sesuai


  9. Biarkan kering dan setelah kering cat bolehlah diframekan

Rabu, 31 Oktober 2007

Belajar Buat Kotak Hiasan Kulit Telur

Belajar membuat bakul hiasan daripada kulit telur.














Kemahiran ini boleh juga digunakan untuk mencipta pelbagai hasil kraftangan lain mengikut kreativiti anda. Contohnya seperti frame gambar, kotak pensel, kotak hantaran perkahwinan dan sebagainya.













Sediakan satu kotak mengikut ukuran dan saiz yang sesuai.
Balutkan kotak dengan kertas minyak atau kertas warna.











Basuh kulit telur dan keringkan.
Pecah-pecahkan kulit telur.












Susun dan gamkan pecahan kulit telur seperti susunan mosic sehingga memenuhi kotak.












Sapukan syelek pada permukaan kotak atau frame gambar yang telah ditampal cepisan kulit telur.












Biarkan syelek kering.






















Bakul yang telah siap boleh digunakan sebagai bekas hiasan, bekas hantaran perkahwinan, bekas hadiah dan pelbagai kegunaan lain yang sesuai.

SELAMAT MENCUMA!

Pendidikan Khas
SMKDPB

Rabu, 3 Oktober 2007

Kad Raya Pengarah JPN Johor dan PPD Pontian

Kad Raya Pengarah JPN Johor dan PPD Pontian







Projek Membina Kad Ucapan " SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri" untuk ditujukan kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD Pontian) dan Tuan Pengarah Pelajaran Negari Johor sempena Bulan Syawal 1428 Hijrah.

Kad Ucapan ini dibina dengan teknik 'Batik Perspek' yang diusahakan oleh 4 orang pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat.Mereka ialah Mohd Fahminuddin , Mohd Radzie, Goh Kok Keong dan Nur Hayati.



Proses Mengukir Motif Pada Kepingan Perspek








Proses Menanggalkan Stiker Pada Bahagia Motif Yang Hendak Disembur cat








Proses Menyembur Cat Pada Motif Kad Raya Pengarah








Proses Menyembur Cat Pada Motif Batik Perspek Kad Raya PPD Pontian







Kad Ucapan "SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri" untuk Pengarah JPNJ telah siap dengan frame









Kad Ucapan "SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri" untuk PPD Pontian telah siap diframe

Selasa, 25 September 2007

Tart Gulung

Tart Gulung


Kali ini kita belajar buat Tart Gulung.


Bahan-bahan:

125 gram mentega
30 gram gula aising
esen vanilla
1 biji telur kuning
220 gram tepung gandum

Inti : Jem nenas





Cara Membuatnya:

























* Sediakan semua bahan-bahan di atas









* Masukkan mentega,gula,esen vanilla dan kuning telur ke dalam bekas adunan



* Putar mentega dengan gula, esen vanilla, telur kuning sehingga kembang.






* Masukkan tepung gandum











* Uli hingga sebati dan menjadi doh










* Masukkan doh ke dalam acuan berpam
Tekan adunan sepanjang 6 - 7 cm








* Letakkan jem nenas secukupnya









* Gulung













* Sapukan dengan telur kuning pada bahagian atas












* Bakar dengan suhu 180*C selama 15 - 20 minit atau sehingga kekuningan












Cara Buat Inti Jem Nanas:




* Kupas dan bersihkan nanas











* Parutkan nanas menggunakan parut halus











Bahan-bahan:
- 250 gram nanas parut halus
- 125 gram gula kaster
- 1/2 sudu teh esen nanas





* Masak ketiga-tiga bahan di atas dengan api yang kecil sehingga hampir kering

Rabu, 19 September 2007

Biskut Dahlia Pendidikan Khas

Pendidikan Khas punya Biskut Dahlia.

Comel, cantik memikat rasa.
Jom mari buat bersama.







Bahan-bahannya:


- 250 grams mentega
- 80 gram gula aising
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 2 biji telur kuning
- 380 gram tepung gandum
- Manisan untuk hiasan


Cara Membuatnya:




1. Pukul mentega dengan gula,esen vanilla dan telur kuning sehingga kembang.






















2. Masukkan tepung gandum dan uli hingga sebati.












3. Masukkan sebahagian adunan / doh ke dalam acuan.Tekan adunan dan bentukkan menjadi seperti bunga dahlia.











4. Bubuh manisan hiasan atau manik di tengah-tengah.









5. Bakar dengan ketuhar 180 *C selama 15 minit atau sehingga kekuning-kuningan.





Selamat Mencuba....

Special Education News

Powered By
widgetmate.com
Sponsored By
Coupon Code

Buku Pelawat/Guest Book

Dari Mana Pengunjung Datang