Ahad, 16 September 2007

Kuih Siput Pendidikan Khas

Kuih Siput Pendidikan Khas



Sediakan bahan-bahannya:

- Tepung gandum 500g
- Minyak masak 1 cawan ( atau marjerin)
- Garam secukup rasa
- Telur sebiji
- Santan kelapa
- Kiub Perasa Ikan Bilis
- 2 sudu serbuk kari




Masukkan semua bahan ke dalam satu bekas.








Gaulkan bahan tadi bersama minyak yang telah dipanaskan (jangan terlalu panas)








Masukkan santan dan uli hingga menjadi doh







Ambil secubit doh










Gentel dan lenyekkan pada acuan kuih siput.
Gulungkan hingga membentuk seperti siput.









Inilah hasilnya, kuih siput yang sedia untuk digoreng.
Panaskan minyak masak dalam kuali menggoreng.Bila cukup panas, masukkan kuih siput tadi dan goreng hingga kekuning-kuningan warnanya.








Beginilah hasil selepas digoreng.Dah boleh jual...RM16 sekilogram!

Sabtu, 8 September 2007

Mukadimah

Program Transisi adalah merupakan satu program penawaran kemahiran asas kepada pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor sebagai sebahagian daripada usaha melengkapkan pelajar pendidikan khas ini dengan kemahiran yang boleh membantu meningkatkan nilai diri mereka di pasaran kerja apabila mereka tamat persekolahan nanti.

Di samping itu juga dengan adanya program transisi ini pelajar akan lebih mudah memilih jurusan yang bersesuaian dengan kemahiran yang mereka ada seiring dengan kecenderungan dan bakat apabila melangkah kaki melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, seperti ke tingkatan 4 sekolah teknik atau bila melanjutkan pelajaran ke Politeknik.

Di antara kemahiran yang ditawarkan melalui Program Transisi di Kelas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian,Johor ialah;



i. Masakan / penyediaan hidangan




ii. Landskap yang meliputi:



a. Tanaman laman
b. Tanaman dalam pasu
c. Gubahan dan hiasan pentas
d. Simen pero

iii. Jahitan yang meliputi:


a. Jahitan asas
b. Sulam Mesin / sulam tampal
c. Langsir
d. Alas meja
e. Cadar
f. Baju kurung

iv. Seni Perspek yang merangkumi:


a. Batik Perspek Hiasan Dinding
b. Khat Perspek
c. Jam Dinding
d. Cenderamata

v. Kraf Bakul Kertas



Pelaksanaan dan penawarannya bagaimanapun bergantung kepada kecenderungan dan kesediaan pelajar dengan persetujuan penjaga. Seseorang pelajar mungkin akan mengikuti lebih daripada satu kategori.


Di akhir penglibatan pelajar dalam program transisi ini, satu pengiktirafan berupa sijil akuan akan dianugerahkan.



Program Transisi
Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat

Selasa, 4 September 2007

Buat Baju Kurung Kedah

Buat Baju Kurung Kedah.




Satu kemahiran baru yang ditawarkan kepada Pelajar Pendidikan Khas Kelas Intergrasi SMK.Dato'Penggawa Barat pada tahun 2007.

Selamat mencuba langkah demi langkah membuat Baju Kurung Kedah bersama Pelajar Istimewa Masalah Pendengaran SMK.Dato'Penggawa Barat,PPD Pontian,JPN Johor.










- Ukur saiz baju









- Lakar lukisan plan baju dengan ukuran dan buat pola asas badan








-Jahit tepi








-Jahit jelujur kun pada leher baju.







-Kun yang telah dipasang. Jahit mesin kun yang telah dipasang tadi.






Gambar '1'




Gambar '2'


- Jahit mesin untuk mencantum bahagian lengan dan badan.





























-Baju Kurung Kedah yang sudah siap.

Rabu, 22 Ogos 2007

Jahit Tepi

Jahit Tepi.

Kemahiran jahit tepi menggunakan mesin adalah salah satu kemahiran yang ditawarkan kepada Pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat.

Selasa, 14 Ogos 2007

Bunga Telur Cantik Dari Benang Emas

Bunga Telur Cantik Dari Benang Emas







Kemahiran Transisi daripada Pelajar Pendidikan Khas Intergrasi SMK.Dato'Penggawa Barat,PPD Pontian, JPN Johor kali ini ialah kemahiran membuat Bunga Telur dari benang emas.






Berikut ialah bahan dan alat diperlukan:

1. Benang emas ( Warna ikut suka hati )
2. Kad Manila / sebarang kertas tebal
3. Gam UHU
4. Stigma bunga plastik
6. Gunting
7. Lidi sate
8. Kertas pembalut
9. Dawai bunga
10.Daun plastik



Cara-cara membuatnya:







1. Lakarkan bulatan bujur pada kad manila









2. Gunting kad manila ikut lakaran








3. Lipat 2 keratan kad manila








4. Letak dawai bunga di dalam lipatan dan gamkan lipatan kad tersebut.Buat dua seumpamanya setiap lembar dawai


5. Balutkan kepingan yang telah dilipat dan berdawai tadi dengan benang emas










6. Lipatkan membentuk kelopak










7. Cantumkan kelopak-kelopak menjadi sekuntum bunga




Program Transisi
Pelajar Pendidikan Khas
SMK.Dato'Penggawa Barat

Isnin, 13 Ogos 2007

Bekas Pensel

Bekas Pensel.
Kali ini kami ketengahkan satu kemahiran transisi Kraf Tangan dan Jahitan dalam Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,PPD Pontian,JPN Johor iaitu kemahiran membuat "Bekas Pensel".






Langkah-langkah membuat Bekas Pensel:





1. Sediakan bahan dan alatan

- Kain
- Span nipis
- Benang
- Zip baju (ukuran 6")
- Jarum jahit
- Jarum peniti
- Gunting
- Mesin jahit






2. Sediakan lukisan lakaran - buat label dan tanda ukuran








3. Sediakan kertas pelan








4. Tekap kertas pelan pada span dan kain, gunting ikut bentuk pelan









5. Lekatkan kain pada span menggunakan jarum peniti










6. Jahit jelujur kasar








8. Jahit menggunakan mesin








9. Pasang 'kun' pada bahagian tepi yang hendak dipasang zip









10. Pasang zip




















11. Cantumkan bahagian bulat (tepi) dan bahagian utama (badan/ empat segi)


















12. Bekas pensel yang telah siap boleh dijual dengan harga pasaran RM5.90

Jika berminat, hubungi e-mail kami: anugerah_bertuah@yahoo.com.my

Bekas Pensel

Program Transisi

Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian,Johor

Special Education News

Powered By
widgetmate.com
Sponsored By
Coupon Code

Buku Pelawat/Guest Book

Dari Mana Pengunjung Datang