"Burger Special" sempena menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru pendidikan khas SMK Dato' Penggawa Barat 2010.
Langkah pertama... apa kata kita basuh peralatan-peralatan ini dulu.
Kemudian... kita bersedia untuk langkah seterusnya ... 1, 2, 3... potong jangan tak potong!!!
Wahh! Shi Yun dah macam chef lah..
Ok, sekarang masa untuk 'menghias' mengikut kreativiti masing-masing.
Yeeaahh!! ini lah hasilnya..
Sabtu, 24 April 2010
Burger 2010
Jumaat, 8 Mei 2009
Buat Milo Panas Sendiri
Selasa, 5 Mei 2009
Lawatan Ketua Unit Pendidikan Khas
Tn.Hj.Abd Rahman Bin Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Johor telah melawat Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat.
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 12:36 PTG 1 ulasan
Label: Ketua Unit
Rabu, 14 Mei 2008
Penyertaan Pameran Sempena Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan
Sempena Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2008 yang diadakan di PERSADA Johor, Mohd Fahminuddin telah mempamerkan bakatnya membuat batik perspek.
Hasil tangannya telah menarik perhatian para pengunjung.
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 8:00 PG 0 ulasan
Label: Seminar PK PERSADA
Khamis, 20 Mac 2008
Kordial Minuman
Projek terbaru Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat ialah Projek Membuat, Membotol, Melabel dan Menjual Kordial minuman.
Kordial minuman dengan jenama "Puyoo BEST" telah berjaya menambat seluruh warga SMK.Dato'Penggawa Barat.Dan kini produk ini menjadi kebanggaan bukan sahaja warga pendidikan khas tetapi juga seluruh warga sekolah. Dengan sokongan padu daripada Tuan Pengetua sendiri yang menetapkan polisi menjadikan kordial dan lain-lain produk Program Transisi sebagai cenderamata sekolah telah membantu program transisi pendidikan khas sekolah ini berkembang dan terus maju ke hadapan.
Langkah 1: Masak air
Langkah 2 : Setelah air mendidih, masukkan gula pasir.
Langkah 3: Sentiasa kacau supaya gula sebati.
Langkah 4: Terus kacau hingga semua gula telah larut dan sebati.Biarkan air gula mendidih seketika kemudian tutup api.
Langkah 5: Tuang air gula ke dalam bekas yang sesuai
Langkah 6: Biarkan air gula sejuk semalaman
Langkah 7: Masukkan perisa dan pewarna, kacau hingga rata.
Langkah 8: Botolkan dan bubuh label
Langkah 9: Langkah terakhir....jual dengan harga menguntungkan!
Khamis, 24 Januari 2008
Tudung Saji Hiasan
Kali ini kami akan ketengahkan satu lagi hasil kraf peserta Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat, iaitu Tudung Saji Berhias.
Tudung Saji Berhias ini selain sesuai untuk tujuan asal sebagai penutup makanan, ia juga sesuai dan cantik dijadikan hiasan dinding rumah anda.
Bahan dan alatan diperlukan:
- Tudung saji (ikut saiz yang anda mahu)
- Reben kain
- Gunting
- Glue Gun
- Render Kain
- Bunga plastik
Cara membuatnya:


- Sediakan bahan utamanya iaitu tudung saji.
- Sediakan reben dan potong ikut ukuran panjang sisi tudung saji.
- Anyam atau susupkan helaian reben mengikut ruang udara sisi tudung saji berselang-seli mengikut warna yang anda suka.
- Lilit dan gamkan render kain sepanjang tepi bawah tudung saji.
- Hiaskan pusat tudung saji dengan bunga plastik mengikut kreativiti anda.





Tudung Saji yang telah siap dihias, saiz kecil ni boleh dijual dengan harga RM15.00 !
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 10:25 PTG 2 ulasan
Label: Tudung Saji
Special Education News
Powered By widgetmate.com | Sponsored By Coupon Code |