Sabtu, 24 April 2010

Burger 2010

"Burger Special" sempena menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru pendidikan khas SMK Dato' Penggawa Barat 2010.

Langkah pertama... apa kata kita basuh peralatan-peralatan ini dulu.




Kemudian... kita bersedia untuk langkah seterusnya ... 1, 2, 3... potong jangan tak potong!!!



Wahh! Shi Yun dah macam chef lah..




Ok, sekarang masa untuk 'menghias' mengikut kreativiti masing-masing.



Yeeaahh!! ini lah hasilnya..



Jumaat, 8 Mei 2009

Buat Milo Panas Sendiri

Hari Pembantu Murid (PPM) yang selalu buatkan air untuk kami bercuti.

Jadi hari peluang kami tunjuk bakat buat air sendiri.

Air pilihan kami hari ini Milo panas.


Periksa sama ada bekalan Milo ada lagi atau tidak.









Nah...ini dia ada pun bekalan MILO.









Boleh ke ni......berapa sukatan PPM selalu buat.

Selasa, 5 Mei 2009

Lawatan Ketua Unit Pendidikan Khas



Tn.Hj.Abd Rahman Bin Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Johor telah melawat Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat.

Rabu, 14 Mei 2008

Penyertaan Pameran Sempena Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan





Sempena Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2008 yang diadakan di PERSADA Johor, Mohd Fahminuddin telah mempamerkan bakatnya membuat batik perspek.

Hasil tangannya telah menarik perhatian para pengunjung.


Khamis, 20 Mac 2008

Kordial Minuman



Projek terbaru Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat ialah Projek Membuat, Membotol, Melabel dan Menjual Kordial minuman.

Kordial minuman dengan jenama "Puyoo BEST" telah berjaya menambat seluruh warga SMK.Dato'Penggawa Barat.Dan kini produk ini menjadi kebanggaan bukan sahaja warga pendidikan khas tetapi juga seluruh warga sekolah. Dengan sokongan padu daripada Tuan Pengetua sendiri yang menetapkan polisi menjadikan kordial dan lain-lain produk Program Transisi sebagai cenderamata sekolah telah membantu program transisi pendidikan khas sekolah ini berkembang dan terus maju ke hadapan.

Langkah 1: Masak air




















Langkah 2 : Setelah air mendidih, masukkan gula pasir.











Langkah 3: Sentiasa kacau supaya gula sebati.



















Langkah 4: Terus kacau hingga semua gula telah larut dan sebati.Biarkan air gula mendidih seketika kemudian tutup api.











Langkah 5: Tuang air gula ke dalam bekas yang sesuai
















Langkah 6: Biarkan air gula sejuk semalaman





















Langkah 7: Masukkan perisa dan pewarna, kacau hingga rata.









Langkah 8: Botolkan dan bubuh label











Langkah 9: Langkah terakhir....jual dengan harga menguntungkan!

Khamis, 24 Januari 2008

Tudung Saji Hiasan





Kali ini kami akan ketengahkan satu lagi hasil kraf peserta Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat, iaitu Tudung Saji Berhias.



Tudung Saji Berhias ini selain sesuai untuk tujuan asal sebagai penutup makanan, ia juga sesuai dan cantik dijadikan hiasan dinding rumah anda.


Bahan dan alatan diperlukan:

  • Tudung saji (ikut saiz yang anda mahu)
  • Reben kain
  • Gunting
  • Glue Gun
  • Render Kain
  • Bunga plastik





Cara membuatnya:








  1. Sediakan bahan utamanya iaitu tudung saji.







  2. Sediakan reben dan potong ikut ukuran panjang sisi tudung saji.







  3. Anyam atau susupkan helaian reben mengikut ruang udara sisi tudung saji berselang-seli mengikut warna yang anda suka.







  4. Lilit dan gamkan render kain sepanjang tepi bawah tudung saji.






  5. Hiaskan pusat tudung saji dengan bunga plastik mengikut kreativiti anda.





Tudung Saji yang telah siap dihias, saiz kecil ni boleh dijual dengan harga RM15.00 !

Special Education News

Powered By
widgetmate.com
Sponsored By
Coupon Code

Buku Pelawat/Guest Book

Dari Mana Pengunjung Datang