Projek terbaru Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat ialah Projek Membuat, Membotol, Melabel dan Menjual Kordial minuman.
Kordial minuman dengan jenama "Puyoo BEST" telah berjaya menambat seluruh warga SMK.Dato'Penggawa Barat.Dan kini produk ini menjadi kebanggaan bukan sahaja warga pendidikan khas tetapi juga seluruh warga sekolah. Dengan sokongan padu daripada Tuan Pengetua sendiri yang menetapkan polisi menjadikan kordial dan lain-lain produk Program Transisi sebagai cenderamata sekolah telah membantu program transisi pendidikan khas sekolah ini berkembang dan terus maju ke hadapan.
Langkah 1: Masak air
Langkah 2 : Setelah air mendidih, masukkan gula pasir.
Langkah 3: Sentiasa kacau supaya gula sebati.
Langkah 4: Terus kacau hingga semua gula telah larut dan sebati.Biarkan air gula mendidih seketika kemudian tutup api.
Langkah 5: Tuang air gula ke dalam bekas yang sesuai
Langkah 6: Biarkan air gula sejuk semalaman
Langkah 7: Masukkan perisa dan pewarna, kacau hingga rata.
Langkah 8: Botolkan dan bubuh label
Langkah 9: Langkah terakhir....jual dengan harga menguntungkan!
Khamis, 20 Mac 2008
Kordial Minuman
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 12:56 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Special Education News
Powered By widgetmate.com | Sponsored By Coupon Code |
1 ulasan:
Tahniah!
Hebat,dan inovatif.
Tahniah sekali lagi kepada pelajar dan guru-guru pendidikan khas smk.dato' penggawa barat.
Usaha anda perlu dicontohi oleh mereka yang sihat normal.Anda hebat!
Catat Ulasan