Hari Pembantu Murid (PPM) yang selalu buatkan air untuk kami bercuti.
Jadi hari peluang kami tunjuk bakat buat air sendiri.
Air pilihan kami hari ini Milo panas.
Periksa sama ada bekalan Milo ada lagi atau tidak.
Nah...ini dia ada pun bekalan MILO.
Boleh ke ni......berapa sukatan PPM selalu buat.
Jumaat, 8 Mei 2009
Buat Milo Panas Sendiri
Selasa, 5 Mei 2009
Lawatan Ketua Unit Pendidikan Khas

Tn.Hj.Abd Rahman Bin Hamdan, Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Johor telah melawat Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat.
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 12:36 PTG 1 ulasan
Label: Ketua Unit
Rabu, 14 Mei 2008
Penyertaan Pameran Sempena Seminar Pendidikan Khas Kebangsaan
Sempena Seminar Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2008 yang diadakan di PERSADA Johor, Mohd Fahminuddin telah mempamerkan bakatnya membuat batik perspek.
Hasil tangannya telah menarik perhatian para pengunjung.
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 8:00 PG 0 ulasan
Label: Seminar PK PERSADA
Khamis, 20 Mac 2008
Kordial Minuman

Projek terbaru Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat ialah Projek Membuat, Membotol, Melabel dan Menjual Kordial minuman.
Kordial minuman dengan jenama "Puyoo BEST" telah berjaya menambat seluruh warga SMK.Dato'Penggawa Barat.Dan kini produk ini menjadi kebanggaan bukan sahaja warga pendidikan khas tetapi juga seluruh warga sekolah. Dengan sokongan padu daripada Tuan Pengetua sendiri yang menetapkan polisi menjadikan kordial dan lain-lain produk Program Transisi sebagai cenderamata sekolah telah membantu program transisi pendidikan khas sekolah ini berkembang dan terus maju ke hadapan.
Langkah 1: Masak air

Langkah 2 : Setelah air mendidih, masukkan gula pasir.
Langkah 3: Sentiasa kacau supaya gula sebati.

Langkah 4: Terus kacau hingga semua gula telah larut dan sebati.Biarkan air gula mendidih seketika kemudian tutup api.
Langkah 5: Tuang air gula ke dalam bekas yang sesuai

Langkah 6: Biarkan air gula sejuk semalaman
Langkah 7: Masukkan perisa dan pewarna, kacau hingga rata.
Langkah 8: Botolkan dan bubuh label

Langkah 9: Langkah terakhir....jual dengan harga menguntungkan!
Khamis, 24 Januari 2008
Tudung Saji Hiasan




Kali ini kami akan ketengahkan satu lagi hasil kraf peserta Program Transisi Kelas Pendidikan Khas SMK.Dato' Penggawa Barat, iaitu Tudung Saji Berhias.
Tudung Saji Berhias ini selain sesuai untuk tujuan asal sebagai penutup makanan, ia juga sesuai dan cantik dijadikan hiasan dinding rumah anda.
Bahan dan alatan diperlukan:
- Tudung saji (ikut saiz yang anda mahu)
- Reben kain
- Gunting
- Glue Gun
- Render Kain
- Bunga plastik
Cara membuatnya:


- Sediakan bahan utamanya iaitu tudung saji.
- Sediakan reben dan potong ikut ukuran panjang sisi tudung saji.
- Anyam atau susupkan helaian reben mengikut ruang udara sisi tudung saji berselang-seli mengikut warna yang anda suka.
- Lilit dan gamkan render kain sepanjang tepi bawah tudung saji.
- Hiaskan pusat tudung saji dengan bunga plastik mengikut kreativiti anda.





Tudung Saji yang telah siap dihias, saiz kecil ni boleh dijual dengan harga RM15.00 !
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 10:25 PTG 2 ulasan
Label: Tudung Saji
Sabtu, 15 Disember 2007
Batik Perspek
Batik Perspek adalah satu hasil kerja tangan berbentuk lukisan batik pada sekeping perspek (arcylic)menggunakan teknik ukir dan semburan cat.
Kemahiran membatik pada sekeping perspek ini telah diterapkan dalam program transisi pelajar Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran di Program Intergrasi SMK.Dato'Penggawa Barat,Pontian.
Sehingga ini pelajar dari Kelas Pendidikan Khas ini telah berupaya menghasilkan lukisan yang menarik dan mampu mencapai tahap untuk jualan dan memenuhi tempahan.

Bahan-bahan diperlukan:
- Kepingan Perspek ( mengikut ukuran yang diperlukan )
- Pisau ukir ( Art knife )
- Pensel/Pen (untuk membuat lakaran motif )
- Cat Semburan ( pelbagai warna yang diperlukan )
- Pembaris Besi
- Pisau Pemotong Plastik

Contoh Art Knife

Contoh Pisau Pemotong Plastik
Cara Memotong Perspek:

Gunakan pisau pemotong plastik dan buat garisan menggunakan bahagian hujung luar pisau.

Kemudian toreh menggunakan mata bahagian dalam hingga membentuk paritan.
Patahkan kepingan perspek dengan berhati-hati.
Cara Membuatnya:

- Pilih Motif yang sesuai
- Buat lakaran motif pada kepingan perspek
- Ukir/potong di kedua-dua belah garisan ukiran,luar dan dalam
- Tanggalkan stiker mengikut potongan motif
- Sembur cat yang sesuai untuk sempadan pada bahagian stiker yang telah ditanggalkan
- Setelah kering, buka bahagian motif yang hendak diwarnakan
- Sembur cat mengikut warna yang dikehendaki. Lakukan hingga semua bahagian motif selesai disembur cat satu persatu.
- Tanggalkan pula bahagian latar belakang dan sembur dengan cat mengikut warna yang sesuai
- Biarkan kering dan setelah kering cat bolehlah diframekan





Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 2:45 PTG 0 ulasan
Label: Batik Perspek
Special Education News
| Powered By widgetmate.com | Sponsored By Coupon Code |







