Isnin, 30 Julai 2007

Buat Sendiri Roti Jala

Buat Sendiri Roti Jala.

Roti Jala adalah satu daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Boleh dihidang sebagai sarapan pagi, minum petang atau untuk jamuan.

















Resipi Roti Jala:

Penyediaan Adunan dan Cara Membuat Roti Jala - Hidangan Untuk 10 Orang

Bahan-bahan:

* 500 g tepung gandum
* 2 biji telur ayam
* Air secukupnya
* Garam secukup rasa
* Susu cair 1/4 tin
* Sedikit serbuk kunyit mengikut kesukaan (Supaya roti kelihatan kekuningan)


Cara membuatnya:

1. Satukan tepung,telur, susu cair, garam secukup rasa dan sedikit serbuk
kunyit dalam bekas untuk mengadun.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cukup dan boleh dikirai roti
tersebut.(Jangan terlalu cair atau terlalu pekat)

3. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak. Ratakan pada keseluruhan
kuali.

4. Setelah minyak panas bolehlah menebar roti jala tersebut dan bentukkan
mengikut kesukaan anda.





Penyediaan Kari Ayam

Bahan-bahan:

* Ayam seekor dipotong kecil
* Rempah kari daging satu mangkuk kecil
* Rempah kari ikan 2 sudu besar
* Kelapa RM2.00, diambil santan pekat
* Bawang merah 10 biji - dikisar
* Bawang putih 5 biji - dikisar
* Halia 2 cm - dikisar
* Kulit kayu manis, buah keras, bunga lawang, bunga cengkih, daun kari - untuk ditumis
* Ubi kentang ( 4 biji besar ) - dipotong 3 atau 4
* Garam secukup rasa
* Tomato di belah empat
* Sedikit kerisik / belacan kalau mahu


Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar dan bahan tumis sehingga naik baunya.

2. Masukkan serbuk kari yang disatukan dengan sedikit kerisik dan telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sekali sekala sehingga pecah minyak.

3. Masukkan kentang dan kacau.

4. Masukkan ayam dan santan, kacau.

5. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa dan tomato. Tunggu sehingga kentang empuk dan boleh dihidangkan dengan roti jala.











(Gambar 1)Sediakan bahan-bahan diperlukan.








(Gambar 2)Sediakan perkakas diperlukan.






(Gambar 3a & 3b)Bersihkan dan kupas bawang,bawang putih, ubi kentang.








(Gambar 3c & 3 d)Potong Tomato dan Ubi kentang






(Gambar 4)Masukkan semua bahan adunan; tepung,telur,susu cair dan lainnya.






(Gambar 5)Tambahkan air secukupnya













(Gambar 6)Adunkan campuran tadi hingga sebati








(Gambar 7)Panaskan kuali dengan api sederhana.
Sapu rata-rata keseluruh permukaan kuali dengan minyak masak.
Masukkan adunan dalam bekas acuan roti jala.











(Gambar 8)Kiraikan adunan di atas kuali yang telah dipanaskan.Bentukkan mengikut kesukaan anda.











(Gambar 9)Angkat roti yang telah cukup masak dan hidang bersama kuah kari.Nyam-nyam-nyam...sedapnya...








Program Transisi
Pendidikan Khas
SMK.Dato' Penggawa Barat, Pontian,Johor

0 ulasan:

Special Education News

Powered By
widgetmate.com
Sponsored By
Coupon Code

Buku Pelawat/Guest Book

Dari Mana Pengunjung Datang