Langkah Demi Langkah Belajar Buat Sendiri Bakul Kertas
Projek Bakul Kertas adalah salah satu kemahiran yang ditawarkan kepada pelajar Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian, Johor.
Kepada anda yang berminat untuk mempelajarinya marilah sama-sama mengikuti cara membuatnya melalui Langkah Demi Langkah Membuat Bakul bersama pakar kraf bakul kertas Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat iaitu Norazlina Binti Esa dan Mohd Fahminuddin Bin Mohd Pauzi.
Langkah 1:
Sediakan bahan dan alat:
-Buku / Majalah lama
-Gunting
-Gam
-Lidi
-Mounting board
-Syelek
-Berus
Langkah 2:
Gunting mounting board berbentuk bulat mengikut saiz yang anda inginkan.
Langkah 3:
Gunting kertas dari majalah atau buku lama dengan lebar 3cm.
Kepingan kertas yang siap digunting
Langkah4:
Gulung kepingan kertas bermula dari hujung lidi.
Bentuk lidi kertas yang siap
Langkah 5:
Silangkan lidi kertas (sapu gam untuk mudahkan anyaman seterusnya).
Bilangan lidi adalah bergantung kepada anda.Semakin banyak lidi yang anda
gunakan, anyaman semakin rapat dan cantik.
Langkah 6:
Letak kepingan mounting board sebagai tapak
Pandangan bahagian bawah bakul kertas dengan binaan 3 batang lidi kertas.
Langkah 7:
Anyaman peringkat awal/pangkal bakul
Langkah 8:
Peringkat akhir anyaman bakul kertas
Bakul kertas yang sudah siap
Langkah 9:
Bakul kertas yang telah siap disapu syelek supaya kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.
Bakul yang telah siap boleh dipelbagai gunakan
"SELAMAT MENCUBA"
Langkah Demi Langkah Buat Sendiri Bakul Kertas
Program Transisi
Pendidikan Khas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat
Selasa, 17 Julai 2007
Langkah Demi Langkah Belajar Buat Sendiri Bakul Kertas
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 4:03 PTG
Label: Bakul Kertas
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Special Education News
Powered By widgetmate.com | Sponsored By Coupon Code |
2 ulasan:
wah, chantekkks.. salammz
me dulu pelajar sekolah dato penggawa barat..
syelek ape yang digunakan utk mengecat bakul kertas nie?
Catat Ulasan