Jahit Tepi.
Kemahiran jahit tepi menggunakan mesin adalah salah satu kemahiran yang ditawarkan kepada Pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat.
Rabu, 22 Ogos 2007
Jahit Tepi
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 10:10 PG 0 ulasan
Label: Jahit Tepi
Selasa, 14 Ogos 2007
Bunga Telur Cantik Dari Benang Emas

Kemahiran Transisi daripada Pelajar Pendidikan Khas Intergrasi SMK.Dato'Penggawa Barat,PPD Pontian, JPN Johor kali ini ialah kemahiran membuat Bunga Telur dari benang emas.
Berikut ialah bahan dan alat diperlukan:
1. Benang emas ( Warna ikut suka hati )
2. Kad Manila / sebarang kertas tebal
3. Gam UHU
4. Stigma bunga plastik
6. Gunting
7. Lidi sate
8. Kertas pembalut
9. Dawai bunga
10.Daun plastik
Cara-cara membuatnya:
1. Lakarkan bulatan bujur pada kad manila
2. Gunting kad manila ikut lakaran
3. Lipat 2 keratan kad manila
4. Letak dawai bunga di dalam lipatan dan gamkan lipatan kad tersebut.Buat dua seumpamanya setiap lembar dawai
5. Balutkan kepingan yang telah dilipat dan berdawai tadi dengan benang emas
6. Lipatkan membentuk kelopak

7. Cantumkan kelopak-kelopak menjadi sekuntum bunga
Program Transisi
Pelajar Pendidikan Khas
SMK.Dato'Penggawa Barat
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 3:14 PTG 0 ulasan
Label: Bunga Telur
Isnin, 13 Ogos 2007
Bekas Pensel
Bekas Pensel.
Kali ini kami ketengahkan satu kemahiran transisi Kraf Tangan dan Jahitan dalam Program Transisi Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,PPD Pontian,JPN Johor iaitu kemahiran membuat "Bekas Pensel".
Langkah-langkah membuat Bekas Pensel:
1. Sediakan bahan dan alatan
- Kain
- Span nipis
- Benang
- Zip baju (ukuran 6")
- Jarum jahit
- Jarum peniti
- Gunting
- Mesin jahit
2. Sediakan lukisan lakaran - buat label dan tanda ukuran
3. Sediakan kertas pelan
4. Tekap kertas pelan pada span dan kain, gunting ikut bentuk pelan
5. Lekatkan kain pada span menggunakan jarum peniti
6. Jahit jelujur kasar
8. Jahit menggunakan mesin
9. Pasang 'kun' pada bahagian tepi yang hendak dipasang zip
10. Pasang zip

11. Cantumkan bahagian bulat (tepi) dan bahagian utama (badan/ empat segi)

12. Bekas pensel yang telah siap boleh dijual dengan harga pasaran RM5.90
Jika berminat, hubungi e-mail kami: anugerah_bertuah@yahoo.com.my
Bekas Pensel
Program Transisi
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 9:08 PTG 0 ulasan
Label: Bekas Pensel
Mari Buat Kek Butter

Mari Buat kek Butter.
Salah satu kemahiran transisi yang diajar kepada pelajar Pendidikan Khas SMK.Dato'Penggawa Barat,PPD Pontian,JPN Johor dalam bidang masakan ialah membuat "Kek Butter".
Bahan-bahan diperlukan:
1. 250g Butter
2. 4 biji telur (Gred A)
3. Perisa Ross
4. Tepung Cek
Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 0C (130 F)
2. Kacaukan semua bahan untuk adunan selama 3 minit dengan misin pemukul pada kelajuan sederhana

3. Masukkan 250g butter dan kacau selama 1 minit sehingga ringan dan kembang dengan menggunakan mesin pemukul pada kelajuan rendah

4. Tuangkan ke dalam loyang 

5. Masukkan ke dalam ketuhar.Bakar selama 45-50 minit

6. Kek masak apabila ia sudah lekang dari tepi loyang dan apabila garpu atau pencungkil kayu yang ditusuk keluar dengan bersih
7. Potong kek sesudah sejuk dan hidang untuk minum petang atau jamuan
Selamat Mencuba.
Buat Kek Butter
Program Transisi
Pendidikan Khas
SMK.Dato'Penggawa Barat
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 6:35 PTG 1 ulasan
Label: Kek Butter
Ahad, 5 Ogos 2007
Bunga Pasu 1
Bunga Pasu 1 mengetengahkan cara-cara dan langkah demi langkah penanaman bunga pasuan melalui anak benih dari peringkat penyediaan medium pasuan, pemilihan benih , menanam dan penjagaannya.
Penyediaan Medium Pasuan:
Sediakan campuran medium pasuan dengan nisbah 7:3:2 atau 3:2:1
2. Sediakan pasu plastik saiz yang sesuai mengikut saiz benih pokok yang akan di tanam
3. Masukkan campuran medium ke dalam pasu
Pemilihan Benih Pokok: Pokok Lidah Jin
1. Pilih anak pokok yang sesuai. Pokok Induk yang telah padat boleh diambil anak benihnya.

2. Keluarkan anak pokok yang telah dipilih
3. Masukkan anak pokok yang telah dipilih ke dalam pasu yang telah mengandungi medium campuran. Tambah medium campuran jika perlu setelah anak pokok dimasukkan.
Penjagaan:
1. Letak pasu di tempat teduhan
2. Siram anak pokok dalam pasu yang baru ditanam.Siram hingga tanah dalam pasu benar-benar basah
Dicatat oleh Anugerah Bertuah di 10:11 PG 0 ulasan
Label: Bunga Pasu 1
Isnin, 30 Julai 2007
Buat Sendiri Roti Jala
Buat Sendiri Roti Jala.
Roti Jala adalah satu daripada makanan kegemaran rakyat Malaysia.
Boleh dihidang sebagai sarapan pagi, minum petang atau untuk jamuan.
Resipi Roti Jala:
Penyediaan Adunan dan Cara Membuat Roti Jala - Hidangan Untuk 10 Orang
Bahan-bahan:
* 500 g tepung gandum
* 2 biji telur ayam
* Air secukupnya
* Garam secukup rasa
* Susu cair 1/4 tin
* Sedikit serbuk kunyit mengikut kesukaan (Supaya roti kelihatan kekuningan)
Cara membuatnya:
1. Satukan tepung,telur, susu cair, garam secukup rasa dan sedikit serbuk
kunyit dalam bekas untuk mengadun.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga cukup dan boleh dikirai roti
tersebut.(Jangan terlalu cair atau terlalu pekat)
3. Panaskan kuali leper dan letakkan sedikit minyak. Ratakan pada keseluruhan
kuali.
4. Setelah minyak panas bolehlah menebar roti jala tersebut dan bentukkan
mengikut kesukaan anda.
Penyediaan Kari Ayam
Bahan-bahan:
* Ayam seekor dipotong kecil
* Rempah kari daging satu mangkuk kecil
* Rempah kari ikan 2 sudu besar
* Kelapa RM2.00, diambil santan pekat
* Bawang merah 10 biji - dikisar
* Bawang putih 5 biji - dikisar
* Halia 2 cm - dikisar
* Kulit kayu manis, buah keras, bunga lawang, bunga cengkih, daun kari - untuk ditumis
* Ubi kentang ( 4 biji besar ) - dipotong 3 atau 4
* Garam secukup rasa
* Tomato di belah empat
* Sedikit kerisik / belacan kalau mahu
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar dan bahan tumis sehingga naik baunya.
2. Masukkan serbuk kari yang disatukan dengan sedikit kerisik dan telah dibancuh dengan sedikit air. Kacau sekali sekala sehingga pecah minyak.
3. Masukkan kentang dan kacau.
4. Masukkan ayam dan santan, kacau.
5. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa dan tomato. Tunggu sehingga kentang empuk dan boleh dihidangkan dengan roti jala.
(Gambar 1)Sediakan bahan-bahan diperlukan.
(Gambar 2)Sediakan perkakas diperlukan.
(Gambar 3a & 3b)Bersihkan dan kupas bawang,bawang putih, ubi kentang.
(Gambar 3c & 3 d)Potong Tomato dan Ubi kentang
(Gambar 4)Masukkan semua bahan adunan; tepung,telur,susu cair dan lainnya.
(Gambar 5)Tambahkan air secukupnya
(Gambar 6)Adunkan campuran tadi hingga sebati
(Gambar 7)Panaskan kuali dengan api sederhana.
Sapu rata-rata keseluruh permukaan kuali dengan minyak masak.
Masukkan adunan dalam bekas acuan roti jala.
(Gambar 8)Kiraikan adunan di atas kuali yang telah dipanaskan.Bentukkan mengikut kesukaan anda.
(Gambar 9)Angkat roti yang telah cukup masak dan hidang bersama kuah kari.Nyam-nyam-nyam...sedapnya...
Program Transisi
Pendidikan Khas
SMK.Dato' Penggawa Barat, Pontian,Johor
Special Education News
| Powered By widgetmate.com | Sponsored By Coupon Code |






